Monday 18 February 2013

Sehirup Sesegar Kopi


           Menghasilkan kopi yang bagus merupakan kewajipan bagi industri bagi memberi kepuasan kepada kostumer yang gemar meminumnya.
Kebanjiran kopi-kopi pelbagai rasa dan mempunyai nilai tambah seperti campuran herba sekarang menjadi satu fenomena. Lihat sahaja jenis-jenis kopi di gerai-gerai makan, terutamanya di restoren yang beroperasi 24 jam.
Persoalannya,
              Adakah kopi seperti ini tidak mendatangkan kesan terhadap kesihatan tubuh badan kita?
-dikhuatiri mempunyai campuran-campuran yang menyebabkan gumpulan berlaku didalam buah pinggang salah satunya.

             Adakah jumlah campuran-campuran herba tersebut sememangnya mempunyai nilai tambah yang bersesuaian terhadap kesihatan kepada kita?
-penting kerana nilai bayaran pembelian kopi itu hendaklah setimpal dengan apa yang diiklankan supaya kita tidak memuaratkan diri dan ditindas sewenang-wenangnya...

     Menikmati secawan kopi dipermulaan hari dapat memberikan kesegaran kepada kita sepanjang hari. Semoga hari-hari kita sentiasa dilimpahi keberkatan dariNya..

Wednesday 23 January 2013

Story jadi-jadi 'ANak Emas'



Bagi sesetengah majikan, pekerja yang fasih/baik berkomunikasi, pekerja lama, mahir dalam membuat sesuatu,  dan rajin merupakan ‘ANAK EMAS’ bagi mereka. Tapi di Malaysia,biasanya pekerja-pekerja yang terlibat khususnya dalam industry pembinaan dan pembuatan makanan,kebanyakan mereka adalah golongan pekerja asing.

Rakyat dari negara Myanmar dan Bangladesh selain Indonesia menjadikan Malaysia sebagai ‘LUBUK REZEKI’ mereka. Jadi tidak hairanlah dimana sahaja anda berada, maka terdapat warga asing di sekitar kawasan anda terutamanya di bandar-bandar.

Adakah fenomena pilih kasih diantara pekerja-pekerja asing berlaku di Malaysia??

Bagaimanakah hubungan pekerja asing yang menjadi anak emas majikan mereka dengan pekerja-pekerja yang lain khususnya pekerja tempatan??


Bagi saya, umur,jantina dan status kewarganegaraan bukan menjanjikan kita bagi mendapat layanan istimewa daripada majikan. Apa yang penting,dedikasi, bertanggungjawab dan yang penting relex menghadapi tugas-tugasan dan masalah yang menimpa. Lama kelamaan anda juga mungkin menjadi ANAK EMAS majikan anda..InsyaAllah……