Wednesday 23 January 2013

Story jadi-jadi 'ANak Emas'



Bagi sesetengah majikan, pekerja yang fasih/baik berkomunikasi, pekerja lama, mahir dalam membuat sesuatu,  dan rajin merupakan ‘ANAK EMAS’ bagi mereka. Tapi di Malaysia,biasanya pekerja-pekerja yang terlibat khususnya dalam industry pembinaan dan pembuatan makanan,kebanyakan mereka adalah golongan pekerja asing.

Rakyat dari negara Myanmar dan Bangladesh selain Indonesia menjadikan Malaysia sebagai ‘LUBUK REZEKI’ mereka. Jadi tidak hairanlah dimana sahaja anda berada, maka terdapat warga asing di sekitar kawasan anda terutamanya di bandar-bandar.

Adakah fenomena pilih kasih diantara pekerja-pekerja asing berlaku di Malaysia??

Bagaimanakah hubungan pekerja asing yang menjadi anak emas majikan mereka dengan pekerja-pekerja yang lain khususnya pekerja tempatan??


Bagi saya, umur,jantina dan status kewarganegaraan bukan menjanjikan kita bagi mendapat layanan istimewa daripada majikan. Apa yang penting,dedikasi, bertanggungjawab dan yang penting relex menghadapi tugas-tugasan dan masalah yang menimpa. Lama kelamaan anda juga mungkin menjadi ANAK EMAS majikan anda..InsyaAllah……